Saturday, September 29, 2007

“The Orchid... with Love”

Setelah dua tiga minggu berhempas pulas menyiapkan kesemua, “The Orchid... with Love” akhirnya menjadi satu kenyataan. “The Orchid... with Love” mengekpresikan satu luahan cinta yang sangat jujur dan tulus untuk memikat cinta hati, Arifah Yanez.

Penuh dengan kerendahan hati dilambangkan dengan warna coklat yang mewakili warna tanah yang membawa maksud cinta itu masih ditapak yang asal dan penuh dengan kesedaran dan sentiasa dijaga agar terus jejak di alam ini.

Bunga Orkid Merah Jambu sebagai perlambangan ketulusan cinta yang disaluti dengan kasih sayang abadi dan rama-rama pula diletakkan sebagai simbolik walaupun ia jauh terbang, namun akan sentiasa kembali bagi merapatkan cinta yang sejati. Jumlah hantaran semua adalah sebanyak 7 dulang diiringi dengan tepak sirih lambang pembuka kata adat budaya bangsa.








Perjalanan ke Tarikh Keramat... (Siri 2)

Perjalanan ke Tarikh Keramat... (Siri 2)

Bertemu kembali dalam siri kedua. Pada siri 1 saya lebih menceritakan tugas mama dan papa serta secara ringkas mengenai konsep dan bilangan hantaran. Kali ini di siri kedua, aku akan lebih memfokuskan perjalanan dalam menyiapkan hantaran bagi pihak sebelah lelaki. Awalnya aku juga sudah menjelaskan konsepnya. Maka setelah mengkaji konsep, aku harus merealisasi seluruh idea dengan satu tema yang mampu membuatkan orang terpegun melihat keindahan dan kesenian hantaran itu.

Warna pilihan merah jambu lembut. Warna yang sangat menarik dan mudah mencarikan padanannya. Apa yang paling penting mainan warna harus cantik agar tidak sakit bila dipandang. Mainan warna juga amat penting dalam merealisasikan idea agar konsep atau tema yang hendak diekpresasikan itu berjaya dilaksanakan. Tips yang aku boleh kongsi disini ialah sebelum memikirkan konsep hantaran anda, tentukan warna temanya. Bila dah ada jalan, baru kita putuskan nak lalu jalan itu dengan kenderaan apa. Amboi meletup analogi aku.. hehhehe

Maksudnya, bila kita dah tau warna pilihan, barulah kita putuskan tema atau konsep contohnya, nak pakai riben je ker, bunga segar ker, bunga tipu ker? Rama-rama ker? Atau sebagainya. Faham? Mudah je kan!

Ok, berbalik pada cerita aku dalam menyiapkan tugasan hantaran ini. Perjalanan dia cukup mecabar, bukan apa, habis satu Nilai 3
kami pusing, nak gabung-gabung kan idea agar ia menjadi lebih cantik dan Da’Bomb! Banyak juga la aku cadangan-cadangan yang aku bagi di tolak mentah-mentah oleh abang aku. Hatiku berdetik.. High Taste betul! Hhuhuhu. Naik pening aku dibuatnya.

Akhirnya... terlintas di idea aku satu tema yang cukup menarik dan meletup... Temanya “Orchid... with Love”. Amboi, meriahnya nama.. jadinya tak tau lagi...hhehhehe... Idea ni tercetus bila aku masuk satu kedai dan terus ternampak bunga-bunga orkid plastik yang nampak real sangat dan semestinya ada orkid yang berwarna merah jambu. Jadi.. dengan mengambil satu dahan aku cuba memadankan dengan bekas-bekas hantaran dan juga mencari bahan-bahan sampingan untuk menaikkan seri hantaran. Ambil masa juga la.. yelah setiap padanan itu, aku akan tunjukkan kat abang aku dan jika lampu yang diberikan merah.. maknanya.. padanan itu GAGAL. Hehhehe

Ketika asyik memadankan hiasan tersebut, aku terpandang satu dulang rotan empat segi tepat yang tingginya hanya dalan dua inci dan rupanya elok dibuat bekas hantaran. Warnya coklat dan bila dipadankan dengan orkid tersebut. Memang cantik sangat. Selepas itu, aku terus dapat ilham untuk meletakkan organsa merah jambu di dalam dulang tersebut. Orkidnya diletakkan disudut dulang dan dihiasa dengan reben silver serta diletakkan rama-rama Silver. Cantik sangat dan bila aku tunjukkan kat abang aku... Terus diberi Lampu Hijau.. Maksudnya... LULUS. Hehhe.. Alhamdulillah Lega pun..

Jadi kalau nak tau rupa “Orchid... with Love” ... Nantikan coretan aku seterusnya.

Perjalanan ke Tarikh Keramat... (Siri 1)

Walaupun merisik dibuat dua minggu sebelum tarikh pertunangan, namun tugas ku sudah bermula lebih awal. Aku akan memastikan semua yang dirancang akan berakhir dengan jayanya. Persiapan demi persiapan harus dibuat. Perancangan harus diatur agar majlis akan berjalan lancar.

Nasib baik lah aku berada dibelah pengantin lelaki, sekurang-kurangnya persiapan untuk pertunangan tidaklah seberat sebelah perempuan. Tapi oleh kerana ini adalah putera sulung keluarga ku, persiapan untuk beliau boleh tahan jugak la.

Sebelum tibanya hari majlis, mama dan papa menguruskan jemputan untuk kenduri selamat yang akan diadakan pada sebelah pagi pada hari yang sama. Disamping menjemput saudara-mara terdekat untuk hadir dan sama-sama menghantar rombongan keluarga lelaki di Taman Keramat selepas zohornya. Papa ku juga menguruskan tempahan katerer untuk kenduri tersebut. Menunya menarik juga.. hingga menjilat jari la...

Menu untuk Kenduri Selamat:


Menarikkan menu dia.. siapa yang makan hari itu, pasti akan tambah lagi.. Itu semua tugas mama dan papa.. So apa tugas ku?

Aku kena uruskan hantaran abg aku. Habis semua majalah Pengantin aku kaji untuk mencari konsep yang sesuai.. Nilai 3 lah tempat aku, abg dan mama membuat survey dan membeli belah.. satu hari suntuk lah kami pergi satu kedai dan satu kedai. Abg aku ni cerewer sikit. Nak lain dari yang lain.. yang peningnya nanti aku juga... Oh ya.. lupa aku nak maklumkan, pihak lelaki akan menghantar 7 dulang hantaran yang bertemakan warna merah jambu dan pihak perempuan akan membalas 9 dulang yang bertemakan warna biru (adoi!!! warna biasa sangat!!)

Cabaran paling besar adalah memastikan konsep hantaran itu very classic, extravagant dan penuh dengan kasih sayang serta paling pentin memenuhi piawaian keluarga sebelah perempuan. Maklumlah bakal kakak ipar ini anak Dato, maka, alkisahnya, mesti jangan terlalu biasa dan tidak kekampungan.. ADUH.. BESARNYA BEBANAN....

Kisah selanjutnya di Perjalanan ke Tarikh Keramat... (Siri 2)

Episod bermula...

27 Oktober 2006, di pagi Jumaat yang begitu indah, akhirnya abang ku menyampaikan hajatnya kepada mama ku agar dirinya disatukan dengan cinta hatinya. Yang kelakarnya, sepatutnya perbincangan ini akan dibuat ketika makan bersama atau sambil lepak di ruang tamu. Tetapi abang ku “buat kerja gila” kot... waktu mama masuk kereta untuk ke sekolah, ketika itulah dia menyampaikan hajatnya. Mamaku.. apa lagi terkejut la jawabnya.. hehehee.. tak sesuai betul waktunya... Namun jauh tersudut hati.. seribu satu syukur dipanjatkan kepada ilahi diatas berita yang amat menggembirakan ini...

Dua hati akan terikat sebagai tanda empunya diri akan dijadikan pemaisuri dihati.. Oh ya, Abangku memilih tarikh hari lahir mama ku 25 November 2007 sebagai tarikh pertunangannya. Maksudnya.. hanya ada 1 bulan dari sekarang persiapan akan dilakukan. Aduh!! Cabaran betul.. dah la waktu tu sibuk nak raya.. pastu sibuk pulak dengan nak buat persiapan tunang abang aku...

Nasib baik la.. adik dia ini, berminat dengan benda ni.. yeah! Aku memang suka bab planning2 especially kahwin ni.. so untuk abang aku.. aku jadikan dia bahan exprementasi dalam mengilhamkan keindahan dan keunikan idea-idea aku... hahhahah... Macam-macam konsep dan bermain dalam aku punya kepala.. konsep hantaran abg aku.. adoi.. ni sapa yang nak kahwin ni.. hehehe...

Lagi satu, nasib baik lah aku ni tengah cuti semester.. so, bolehlah aku fokus 100% untuk pertunangan abang aku ni... By the way.. the most important thing, sebelum tali pertunangan dibuat.. ikut adatnya kenalah mama dan papa pergi merisik dulu bunga di taman... supaya di majlis pertunangan nanti semuanya berjalan lancar...



Dua minggu sebelum tarikh pertunangan, mama dan papa serta jiranku memulakan langkah bagi memenuhi adat merisik. Kedatangan mereka disambut hormat. Hajat mula disampaikan dan perbincangan terus dimulakan..kedua-dua belah pihak bersetuju tarikh 25 November 2006 sebagai tarikh dua hati bersatu dalam ikatan pertunangan.

Biasanya, ketika merisik, diperbincangkan sekali mengenai hantaran dan sebagainya. Kata putus telah diambil. Untuk mengelakkan bebanan, biaralah dua hati itu berbincang dan memutuskan berapa wang hantaran dan juga hantaran yang perlu di hantar ketika mengikat tali pertunangan nanti.



Dua pihak capai sepakat. Hanya menanti tarikh keramat. Mohon pada Ilahi agar semuanya mendapat berkat.

Sekapur sirih.. seulas pinang..

Kemuncak kemanisan.. satu tujuan yang sentiasa diimpikan... di penghujung coretan ini.. insyaallah satu kemuncak kemanisan yang dirancang akan menjadi satu kenyataan. Dimana kita harapkan kemanisan itu sentiasa abadi hingga pengakhiran..

Kembara dua hati ke puncak mahligai... diiiringi adat melayu penuh sanjungan... agar mohon dilimpah restu dan perkenan.. tersemat dihati.. mohon pada ilahi agar mahligai dibina kekal sejati..

Suara hati adinda si putera dalam membina kemuncak kemanisan dan melihat kekandanya bersatu hati dengan bunga pujaan di puncak mahligai. Coretan yang penuh dengan kenangan agar mampu menjadi panduan dalam membantu agar mahligai yang dirancang meriah dan terus dikenang.. satu kenangan abadi yang takkan dilupakan...

Mohon restu ilahi agar tarikh keramat 23 hb dan 24 hb November 2007 serta 1 Disember 2007 menjadi satu kenangan abadi dan terus dilimpahi dengan penuh kelancaran dan keharmonian.. Dua hati bersatu.. Berikrar setia, sehidup semati..Tiang suci Islam jadi pedoman abadi...

Coretan ikhlas buat kekanda Muhammad Nazrul Razi dan cinta hatinya Arifah Yanez...

Ikhlas..
Muhammad Aizat Abdul Razak...